Thursday, June 23, 2011

TIP MENJAGA KULIT WAJAH

Kulit wajah yang cantik,licin dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita,tekstur kulit yang sempurna boleh memberikan hasil solekan yang sempurna.bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna,pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan muka yang asas iaitu melembab,menyegar dan membersih.
Membersih & Menyegarkan
Anda perlu membersihkan muka sekurang-kurangfnya 2 kali sehari.Menapa anda perlu membersihkan muka adalah kerana ianya membantu proses penangalan kulit mati yang seiring dengan proses semulajadi kulit.Oleh itu mencuci muka akan membantu sel-sel kulit mati tertangal.Mencuci muka juga membantu menyerlahkan seri kulit muka kita agar kelihatan lebih segar dan muda dari usia sebenar.Masalah bintik-bintik hitam juga akan berkurangan.Kesegaran muka itu penting untuk setiap orang.
Melembab
Kulit muka setiap orang mengandungi kandungan minyak semulajadi.Tetapi adakala ianya menjadi kering kerana pelbagai factor seperti cuaca,tekanan dan persekitaran yang kotor.Anda disaran mengunakan krim muka untuk melembabkan kulit wajah.Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur.Krim malam berfungsi menangalkan sel kulit mati dan membuat wajah kelihatan lebih muda. Seelok-eloknya anda mengunakan produk yang berasaskan air dan bahan – bahan semulajadi untuk kesan yang mujarab.




No comments:

Post a Comment